MEDIA Prima Berhad perkenal aplikasi bagi CJ WOW SHOP.
Wan Nur Ameera Meor Rozman
it@hmetro.com.my


Selari dengan pelancaran rangkaian televisyen bersepadu dan platform mudah alih serta dalam talian beli-belah inovatif iaitu CJ WOW SHOP pada rangkaian televisyen TV3, NTV7, 8TV dan TV9, Media Prima Berhad turut memperkenalkan aplikasi bagi CJ WOW SHOP.

Selain membuat pembelian melalui panggilan ke talian bebas tol dan melayari laman sesawang beli-belah dalam talian, pelanggan juga boleh memilih untuk menggunakan aplikasi mudah-alih, CJ WOW SHOP sama ada di rumah mahupun di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.

Tidak ketinggalan dalam mengadaptasi penggunaan teknologi terkini, pelanggan boleh menyaksikan semula pilihan produk yang dipaparkan di televisyen bersama informasi berkaitan barangan berkenaan.

CJ WOW SHOP menawarkan aneka produk daripada pelbagai kategori termasuk kediaman dan kehidupan, kecantikan, fesyen dan digital.

Jika anda ketinggalan dalam menyaksikan episod di televisyen, kini anda tidak perlu lagi risau memandangkan segala butiran produk termasuk ciri-cirinya turut disertakan bersama di dalam aplikasi ini.

Bukan sahaja boleh melihat butiran produk kegemaran, anda juga boleh terus membuat pembelian melalui aplikasi terbabit dan hanya perlu menunggu barangan yang ditempah tiba ke rumah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 April 2016 @ 5:27 AM