Mahrez antara tonggak utama pasukan Foxes musim ini. FOTO REUTERS

London: Penyerang Leicester City Riyad Mahrez memenangi Anugerah Pemain Bola Sepak Profesional Terbaik Tahunan.

Mahrez menjaringkan 17 gol dan membantu 11 jaringan dalam 34 perlawanan liga untuk melonjak Leicester semakin hampir menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2015/2016.

Pemain tengah Tottenham Dele Alli, 20, pula muncul sebagai Pemain Muda Terbaik Persatuan Bola Sepak Profesional.

Mahrez, 25, mengenepikan cabaran penyerang Tottenham Harry Kane, pemain tengah Arsenal Mesut Ozil, pemain tengah West Ham United Dimitri Payet dan rakan sepasukan Leicester Jamie Vardy dan N'Golo Kante untuk memenangi anugerah itu. BBC

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 April 2016 @ 4:21 PM