Najib ketika hadir di majlis pelancaran pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah, di Papar, hari ini. FOTO Edmund Samunting.
Ardyhansah Amat

Papar: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah, di sini, hari ini.

Najib berkata, pelancaran lebuh raya berkenaan membuktikan komitmen kerajaan dalam memperkukuhkan lagi pembangunan infrastruktur di negeri ini.

"Secara holistiknya, Pan Borneo ini menjadi pelengkap jaringan lebuh raya di Sabah dan Sarawak dengan matlamat untuk membina jalan raya yang selamat serta selesa.

"Ia akan mengubah landskap infrastruktur dan menjadi jaringan perhubungan bandar-bandar utama di Sabah termasuk Kota Kinabalu, Tuaran, Kudat dan Tawau," katanya.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph PairinKitingan.

Majlis perasmian itu adalah bagi pakej pertama jajaran Pan Borneo Sabah Fasa 1 dilaksanakan oleh Syarikat Borneo Highway PDP Sdn Bhd (BHP) membabitkan kerja naik taraf kepada empat lorong dua hala dengan piawaian R5.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 April 2016 @ 1:01 PM