IHSAN Polis Diraja Malaysia
Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bayi perempuan dua bulan ditemui di depan satu daripada unit pangsapuri di Bandar Puteri, Puchong, malam tadi.

Ditemui penduduk yang terdengar tangisan sebelum menemui bayi itu yang diletakkan dalam plastik putih di depan rumahnya, pada 11.57 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah mengesahkan penemuan itu.

Beliau berkata berkata, bayi itu kemudian dibawa ke Balai Polis Puchong Jaya dengan bantuan anggota MPV sebelum dihantar ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan kesihatan.

"Bayi ini akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hari ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 April 2016 @ 12:48 PM