ANTARA program baru Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad.
ANTARA program baru Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad.
ANTARA program baru Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad.
KAMAL yakin dengan program baru yang diperkenalkan.
Syanty Octavia Amry
soctavia@hmetro.com.my


Sering memaparkan program menepati selera penonton masa kini, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad melancarkan rancangan sepanjang 2016 menerusi ‘Media Prima Screening’.

Antara yang menarik ialah Studio 8, CJ Wow Shop dan drama bersiri 150 episod kolaborasi bersama Indonesia dan Pakistan.

Tidak hanya itu, program penonton urban di 8TV dipindahkan ke Studio 8 bagi menjejaki mereka yang gemar menonton TV di medium lain seperti laman sosial.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid berkata, Media Prima tahun ini fokus kepada golongan urban.

“Menjadi satu fenomena apabila orang tidak hanya menonton program kegemaran mereka di TV, tetapi juga di akses lain seperti Internet.

“Justeru, strategi kami apabila mana mereka berada di situ kami akan pergi. Dan kerana itulah kami melancarkan program jualan atas talian CJ Wow Shop serta menaik taraf laman sosial Tonton.

“Begitu juga dengan drama. Jika sebelum ini kami berkolaborasi dengan negara jiran, Singapura kini kami turut menjalin kerjasama dengan Indonesia menerusi drama Dia dan Pakistan, Sara Sajeeda,” katanya.

Sebanyak 12 program baru diketengahkan antaranya Hero, 3 Juara, Misteri Wan Peah, Doktor, Apa tu? Ejen ALi dan banyak lagi.

Sambung Kamal, 8TV akan fokus kepada penonton yang setia menonton drama serta program tempatan dan luar negara di kaca TV.

Selain itu ada juga program baru yang boleh disaksikan di Tonton.

“Untuk program di TV3 dan TV9 pula, kami gembira dengan sambutan penonton apabila keuntangan syarikat banyak diterima melalui tayangan drama Melayu.

“Jadi kami tambah drama dan slot baru. Antaranya, slot seram komedi dan saya yakin pasti ramai penonton suka,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 April 2016 @ 11:19 AM