NAJIB sebelum mempengerusikan Mesyuarat MEB. Turut kelihatan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my


Putrajaya: Dua puluh kementerian mencapai sasaran 100 peratus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (PEB) yang dijalankan di peringkat kementerian tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, secara purata, keseluruhan 25 kementerian termasuk Jabatan Perdana Menteri (JPM) mencapai 80 peratus KPI bagi program sama tahun lalu.

Beliau berkata, pencapaian itu adalah amat memberangsangkan bagi 98 KPI PEB yang diumumkan pada tahun 2015.

"Penetapan KPI adalah penting dalam memastikan agenda PEB sebagai agenda nasional yang dilaksanakan secara sistematik dan berkesan," katanya dalam ucapan sejurus mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) di sini, hari ini.

Katanya, pelaksanaan PEB merentasi kementerian juga selari dengan usaha kerajaan dalam membangunkan negara secara insklusif.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 April 2016 @ 5:37 PM