Antara aksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi. FOTO Hariyashah Sabudin
Firdaus Hashim

Selayang: Jaringan tunggal Mauro Olivi menyaksikan Selangor melakar tiga mata penuh apabila menewaskan Pulau Pinang 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi.

Gol tunggal perlawanan itu terhasil menerusi sepakan percuma cantik yang disudahkan awang import dari Argentina itu pada minit ke-16, sekali gus menebus aib Red Giants yang tewas kepada FELDA United 3-1 pada 8 April lalu.

Dengan kemenangan itu, Selangor berjaya memperbaiki kedudukan daripada tangga keempat liga naik satu anak tangga di tempat ketiga.

Selepas ini Selangor akan bertemu Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Hang Jebat, Melaka, Sabtu ini.

T

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 April 2016 @ 11:56 PM