GAMBAR hiasan.
Agensi

Bhopal: Polis Madhya Pradesh membongkar sindiket ‘ladang bayi’ yang dikendalikan di sebuah hospital swasta di daerah Gwalior.

Menurut polis, sindiket berkenaan terbabit dalam kegiatan menjual dan menukar bayi yang tidak dikehendaki dengan harga 100,000 rupi (RM5,900).

Ketua bahagian jenayah polis Madhya Pradesh, Prateek Kumar berkata, kegiatan itu membabitkan bayi yang dilahirkan mangsa rogol atau hasil hubungan haram.

“Bayi terbabit dilahirkan di hospital itu dan kemudian dijual untuk dijadikan anak angkat,” katanya.

Menurutnya, dua bayi berjaya diselamatkan sementara tiga lagi didapati sudah dijual kepada pasangan yang tidak mempunyai anak.

Sehubungan itu, polis menangkap pengarah hospital, TK Gupta, pengurus dan ibu bapa yang menjual bayi berkenaan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 April 2016 @ 7:57 AM