MAYAT mangsa yang ditemui mati dalam keadaan tertiarap di kedai jahit miliknya. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
Noor Hidayah Tanzizi
am@hmetro.com.my


Sitiawan: Seorang wanita berusia 50-an ditemui mati dalam keadaan tertiarap berlumuran darah di dalam kedai jahit miliknya di sini, 10.30 pagi tadi.

Sumber berkata, mangsa kali terakhir dilihat kira-kira jam 9.30 pagi tadi ketika sedang melalui jalan di hadapan kedai berhampiran kedai jahit miliknya itu.

"Pemilik kedai bersebelahan menemui titisan darah dihadapan kedainya dan mengikut titisan darah itu sebelum menemui titisan darah di hadapan pintu kedai mangsa.

"Dia yang masuk ke dalam kedai terkejut melihat mangsa tertiarap dalam keadaan berlumuran darah sebelum menghubungi polis," katanya.

Menurutnya, jiran berhampiran tidak mendengar sebarang bunyi bising dan tidak melihat individu yang mencurigakan di kawasan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan dalam perjalanan ke lokasi itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 April 2016 @ 12:53 PM