JAMBATAN sepanjang 200 meter yang mrentasi Sungai Kurokawa musnah dalam gempa 7.3 magnitud.
KESAN gempa bumi yang melanda Minami, Jepun, awal Jumaat lalu.
PASUKAN penyelamat berusaha mengeluarkan mayat seorang kanak-kanak dari runtuhan bangunan di Ecuador.
KAWASAN tepi pantai Ecuador adalah paling teruk terjejas dalam gempa kelmarin.
ANGKA kematian akibat gempar di Ecuador meningkat melebih 270 orang.
SEORANG kanak-kanak meratap selepas mengetahui adiknya antara yang mati di Pedernales, Ecuador.
LEBIH 40 orang mati apabila gempa bumi kedua melanda Jepun minggu lalu.
Agensi

Beberapa siri gempa bumi yang melanda Asia dan Amerika Selatan sepanjang beberapa hari lalu mungkin diikuti dengan satu gempa ‘mega’ tidak lama lagi, kata seorang saintis.

Pada Khamis dan Sabtu lalu, dua gempa melanda Jepun, meagut sekurang-kurangnya 41 nyawa, menyebabkan tanah runtuh dan kerosakan besar pada bangunan dan infrastruktur.

Ia diikuti dengan gempa sekuat 6.1 magnitud di Tonga, negara pulau di Lautan Pasifik. Bagaimanapun, tidak ada laporan mengenai kerosakan mahupun kecederaan.

Di satu lagi hujung Lingkaran Api, Ecuador dilanda gempa berukuran magnitud 7.8, awal kelmarin.

Seramai 272 orang terbunuh setakat semalam dan jumlah itu dijangka meningkat.

Pakar seismologi di Universiti Colorado, Amerika Syarikat, Roger Bilham berkata: “Keadaan sekarang mungkin menyebabkan sekurang-kurangnya empat gempa bumi berukuran lebih 8.0 magnitude. Dan jika itu tidak berlaku, gempa bumi berukuran lebih kuat daripada itu mungkin berlaku, menyebabkan lebih banyak kemusnahan,” katanya.

Selain empat gempa bumi yang berlaku sejak Khamis lalu, beberapa gempa turut menggegarkan Filipina, Vanuatu dan Myamar.

Semuanya berlaku di negara yang terletak di atas apa yang dipanggil Lingkaran Api.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat, agensi bebas yang mengawasi bencana semula jadi seperti gempa bumi berkata, gempa bumi ‘mega’ jarang berlaku, tetapi ia bukan sesuatu yang mustahil.

Menurutnya, tidak ada garisan sesar - kawasan tempat plat beralih yang membentuk pertemuan kerak bumi - diketahui boleh menyebabkan gempa sekuat 10 magnitud.

Bagaimanapun, saintis tidak menolak sama sekali kemungkinan berlaku gempa bumi ‘mega’ kerana mereka baru saja mula mengukur aktiviti seismik sejak 100 tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 April 2016 @ 9:04 AM