Orang ramai termasuk kanak-kanak tidur dalam khemah di luar pusat bantuan di Portoviejo, Ecuador. - Foto AP
Kemusnahan di bandar Manta, Ecuador, akibat gempa bumi 7.8 magnitude semalam yang mengorbankan 272 mangsa manakala lebih 2,500 lagi cedera. - Foto AFP
AP

Quito, Ecuador: Jumlah korban gempa bumi yang terburuk dalam sejarah 67 tahun Ecuador semalam, kini meningkat kepada 272 orang dengan pihak berkuasa yakin jumlah itu akan meningkat.

Presiden Ecuador, Rafael Correa, yang mengesahkan angka itu kepada media tengah hari tadi berkata: “Jumlah itu pasti meningkat.”

Gempa bumi sekuat 7.8 magnitud yang melanda kawasan pantai menghadap Lautan Pasifik itu adalah yang terburuk sejak gempa bumi di Ambato pada 1949 yang menyebabkan ribuan terbunuh.

Naib Presiden Jorge Glas berkata, lebih 2,500 orang lagi cedera dan pihak berkuasa mempunyai senarai orang hilang yang amat panjang namun enggan mendedahkan jumlahnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 April 2016 @ 3:38 PM