Hempstead Wright.
Michelle Gun (Yang menemu bual Isaac Hempstead Wright di Singapura dan baru-baru ini)
michellegun@hmetro.com.my


Kisah perjalanan Bran Stark, lakonan Isaac Hempstead Wright bertemu Three Eyed Raven tergantung begitu saja dalam musim keempat siri fantasi popular Game of Thrones (GOT).

Selepas setahun berlalu, Bran kembali dalam musim keenam GOT dengan wajah baru dan karakter lebih matang. Berkongsi perkembangan baru karakternya, Hempstead Wright, 17, berkata, Bran masih kekal lumpuh dan mula memahami menggunakan kuasa ajaib yang dimilikinya.

“Masih banyak Bran perlu pelajari supaya mahir menggunakan kuasanya yang membolehkan dia melihat masa depan, sekarang dan masa silam.

“Namun, saya tidak boleh mendedahkan banyak mengenai karakter Bran, tunggu saja tayangan siri musim baru nanti,” katanya.

Membintangi GOT sejak usia 10 tahun, pelakon Inggeris itu berkata kematian watak menjadi kebimbangan utama setiap pelakon apabila menerima skrip.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 April 2016 @ 7:38 AM