Hello semua, saya Jia Jia. Selamat datang - Robot
Agensi

Beijing: Mungkin ramai lelaki akan jatuh hati apabila memandang kejelitaan ‘wanita’ ini, tetapi jangan tersilap kerana ‘wanita’ itu sebenarnya adalah robot.

Robot yang dikenali sebagai Jia Jia itu dicipta sekumpulan saintis di Universiti Sains dan Teknologi China dan dianggap robot manusia paling realistik pernah dibina.

Ia juga digelar ‘Dewi Robot’ oleh media di China kerana wajahnya yang jelita serta mempunyai pipi yang kemerahan seperti wanita sebenar.

Jia Jia boleh bercakap, menunjukkan mikro ekspresi, menggerakkan bibir serta badannya.

Robot itu diprogram untuk mengenal pasti interaksi manusia dan mempunyai kawalan penuh terhadap kedudukan serta navigasi.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 April 2016 @ 5:28 AM