Mohd Nasif Badruddin
mnasif@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Kementerian Belia dan Sukan harap Datuk Dr Noordin Ahmad yang membeli kelab bola sepak Itali, FC Bari, dapat bantu bola sepak Malaysia.

Menterinya, Khairy Jamaluddin, berkata pembelian 50 peratus syer kelab bola sepak itu amat mengejutkan kerana orang ramai termasuk beliau sendiri tidak mengenali ahli perniagaan itu.

Menurutnya, pembelian pegangan itu amat baik untuk perkembangan bola sepak negara.

"Saya harap beliau dapat guna kelebihan ini untuk bantu bola sepak negara.

"Rakyat Malaysia yang melabur di luar negara memberi kelebihan kepada kita," katanya dalam sidang media selepas merasmikan program kupas buku anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), di Borders, di sini, hari ini.

Noordin yang terbabit dalam industri perbankan, minyak dan emas itu bakal menjadi pemilik sah FC Bari selepas urusan perpindahan saham kelab selesai pada hujung Mei depan.

Dr Noordin percaya apa yang mahu dilaksanakan itu boleh direalisasikan

melalui perancangan baik.

“Saya fikir pemain muda Malaysia perlu diberi peluang bermain di Eropah.

Jika gagal sekalipun, sekurang-kurangnya mereka mendapat pengalaman

bermain di Bari.

“Untuk Bari, saya mahu menjadikannya yang terbaik dalam kalangan kelab

terbaik. Slogan Kita Boleh! adalah konsep yang cukup

sinonim di Malaysia.

“Jika kita merancang, berusaha dan percaya, tidak ada apa yang mustahil,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 April 2016 @ 2:35 PM