Mayat mangsa dibawa naik ke darat selepas ditemui untuk dihantar ke hospital. - Foto Ihsan PDRM
Siti Nadzirah Che Mud
am@hmetro.com.my


Kuala Krai : Seorang budak lelaki berusia 10 tahun lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di Sungai Galas, Dabong, Kuala Krai, petang tadi.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, Muhamad Fadhil Mohd Ghazali, sedang mandi bersama tiga rakannya di sungai berkenaan apabila dia tiba-tiba tenggelam.

Rakan-rakannya berlari pulang memaklumkan kejadian kepada penduduk kampung yang kemudian menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Abdullah Roning berkata, usaha mencari dan menyelamat dijalankan dan mayat mangsa pada jam 5.05 petang tadi.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 April 2016 @ 10:44 PM