Runtuhan rumah di bandar Mashiki, wilayah Kumamoto selepas gempa bumi yang sudah menyebakan sembilan terbunuh. - Foto AFP
Antara rumah yang runtuh di bandar Mashiki, wilayah Kumamoto akibat gempa bumi 6.5 magnitud malam tadi. - AFP
Reuters

Tokyo: Gegaran masih menggegarkan selatan Jepun hari ini selepas gempa bumi 6.4 magnitud semalam, menyebabkan sembilan maut, sekurang-kurangnya 1,000 lagi cedera serta menyebabkan puluhan ribuan terputus bekalan elektrik dan air.

Sehingga tengah hari tadi, lebih 130 gegaran dikesan di kawasan sekitar bandar Kumamoto dan pakar menjangka ia akan berterusan selama seminggu.

Lebih 44,000 penduduk meninggalkan rumah berlindung di sekolah dan dewan komuniti malah ada yang bermalam di kawasan lapang.

Banyak jalan raya retak serta rumah runtuh dan antara mangsa yang berjaya diselamatkan dari bawah runtuhan, termasuk bayi perempuan lima bulan.

Kerajaan mengerah 3,000 tentera, polis dan anggota bomba ke kawasan terjejas dan Perdana Menteri Shinzo Abe berkata, kerajaan akan melakukan apa saja bagi membantu mangsa.

Sebahagian besar kematian berlaku di Mashiki, bandar berpenduduk 34,000 orang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 April 2016 @ 3:47 PM