MENTERI Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Siti A'isyah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my


Putrajaya: Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi 2016-2020 yang dilancarkan Kementerian Pendidikan Tinggi di sini hari ini akan memperkasakan ekosistem keusahawanan institusi pengajian tinggi (IPT) yang kondusif dan lestari.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pelan berkenaan menyasarkan 100 peratus pembabitan pelajar dalam program dan aktiviti keusahawanan serta 15 peratus pelajar terbabit dengan aktiviti perniagaan semasa pengajian.

"Malah ia juga menyasarkan lima peratus daripada jumlah siswazah akan menceburi bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan menjelang 2020.

"Pelan tindakan untuk tempoh lima tahun dari 2016 hingga 2020 ini mengandungi pelaksanaan empat inisiatif berdasarkan dua strategi di bawah Lonjakan 1, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2020 (Pendidikan Tinggi)," katanya berucap pada majlis pelancaran Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi 2016-2020 di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 April 2016 @ 12:49 PM