Dungun: Polis Terengganu sedang mengesan seorang pelajar tingkatan empat untuk menjadi saksi perbicaraan satu kes jenayah dua tahun lalu.

Remaja terbabit bernama Siti Nurhatika Abdullah, 16, beralamat terakhir di Kampung Balai Besar di sini.

Ketua Polis Daerah, Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata, saksi diminta tampil membantu pihak polis bagi perbicaraan kes di Mahkamah Seksyen Kuala Terengganu yang bertangguh sejak 2012.

“Kita percaya gadis terbabit berada di luar daerah ini kerana segala usaha yang dilakukan polis gagal mengesannya,” katanya kepada Bernama.

Orang ramai yang mengetahui gadis itu berada diminta menghubungi balai polis berdekatan termasuk Ibu Pejabat Polis Dungun di talian 09-8482222 dan berhubung dengan Inspektor Wan Mohd Sazli Wan Nasruddin.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 November 2014 @ 3:55 PM