WEIDNER. FOTO Sri Ayu Kartika Amri
Sri Ayu Kartika Amri
kartika@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Mercedes-Benz Malaysia, merekodkan peningkatan jualan sebanyak 2,658 unit kenderaanya dengan pertumbuhan 41 peratus bagi suku pertama 2016 berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Claus Weidner berkata, pertumbuhan dalam segmen premium itu disumbang dengan pelancaran model baru dan pembukaan empat lagi bilik pameran Mercedes-Benz Malaysia.

Katanya, suku pertama 2016 menyaksikan pihaknya memberi sentuhan segar daripada segi konsep dan pusat khidmat pelanggan dengan memperuntukkan pelaburan sebanyak RM4.3 juta.

"Kami akan terus mengekalkan preastasi positif ini dan berdasarkan pertumbuhan 2015, kami mengekalkan kedudukan sebagai peneraju segmen premium automotif di negara ini biarpun, berdepan dengan ekonomi mencabar.

"Dengan peningkatan pertumbuhan 41 peratus ini, memberi kami pencapaian baru yang mana penguasaan pasaran Mercedes-Benz Malaysia turut naik kepada 2.3 peratus berbanding 0.5 peratus tahun sebelumnya," katanya pada majlis pengumuman prestasi suku pertama Mercedes-Benz Malaysia di sini, hari ini.

Menurutnya, kenderaan kompak Mercedes-Benz terus menjadi penyumbang utama kepada syarikat dengan jumlah sebanyak 59 peratus kepada 664 unit.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 April 2016 @ 4:24 PM