Pelajar tingkatan empat diiringi anggota polis selepas disambung reman dua hari lagi. FOTO Syamsi Suhaimi
Muhamaad Razis Ismail

Kota Bharu: Tahanan reman terhadap pelajar tingkatan empat yang didakwa mencederakan pelajar tingkatan tiga sehingga retak tulang leher dilanjutkan dua hari lagi di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Amni Mat Jahari.

Reman bermula hari ini dan berakhir pada esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini suspek ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, Aiman Hazim Zulkeflee, 15, retak tulang leher selepas dipercayai ditendang oleh seorang pelajar senior.

Dalam kejadian jam 1.45 tengah hari itu, mangsa ditendang sebanyak dua kali di leher dan terjatuh, sebelum ditendang pula sekali lagi di dagu hingga pengsan.

Dia kemudian dibawa pihak sekolah ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), namun dilapor stabil.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 April 2016 @ 1:17 PM