YAACOB memeluk jenazah Abdul Qayyum Maula yang maut dalam kemalangan di Kilometer 4, Jalan Gemas-Tampin. Gambar kecil, Abdul Qayyum Maula bersama Rubiah.
Mohd Khidir Zakaria
am@hmetro.com.my

Tampin: Suasana sedih menyelubungi lokasi kemalangan apabila seorang bapa hanya mampu menangis sambil memeluk tubuh anaknya yang meninggal dunia selepas motosikal ditunggang dirempuh lori tangki dalam kejadian langgar lari di Kilometer 4, Jalan Gemas–Tampin, Jalan Desa Permai berhampiran Kampung Keru, di sini, jam 8.30 malam kelmarin.

Yaacob Abd Hamid, 61, tiba di lokasi sebaik dimaklumkan kejadian menimpa anak bongsunya, Abdul Qayyum Maula, 20, yang juga penuntut Politeknik Port Dickson (PPD). Dia memeluk anaknya sambil menangis menyebabkan ramai yang berada di situ turut berlinang air mata.

Dengan linangan air mata, Yaacob sempat meminta maaf kepada anaknya sebelum membaca beberapa ayat suci al-Quran sementara menunggu kedatangan polis.

Kemalangan berlaku ketika Abdul Qayyum Maula yang juga penuntut tahun tiga kursus kejuruteraan elektrik dalam perjalanan pulang dari rumah rakan sebelum Honda EX5 ditunggang dirempuh lori tangki.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 April 2016 @ 8:28 AM