PANDELELA meraih pingat gangsa di Kejohanan Akuatik Dunia di Kazan, tahun lalu. FOTO EPA
Aida Adilah Mat
aida_adilah@hmetro.com.my


Petaling Jaya: Penerjun negara, Pandelela Rinong dinobat penerima Anugerah Atlet Terbaik Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100Plus 2015 di sini, hari ini.

Ratu terjun negara itu mengetepikan saingan beberapa atlet tersohor tanah air seperti Datuk Nicol Ann David (skuasy), Datuk Lee Chong Wei (badminton), juara dunia silat Al-Jufri Jamari dan bintang wusyu, Loh Jack Chang menerusi undian ahli SAM.

Kejayaan itu membolehkan Pandelela membawa pulang wang tunai RM10,000 selain trofi yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kemenangan itu yang ketiga buat Pandelela kerana pernah memenangi anugerah sama pada 2010 dan 2012.

Pandelela menjadi atlet pertama menempah tempat ke temasya Sukan Olimpik Rio selain meraih pingat gangsa di Kejohanan Akuatik Dunia di Kazan tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 April 2016 @ 11:30 PM