TELEFON pintar terbaru, HTC 10 dipamerkan di pada acara pelancaran di Taitung, Taiwan. FOTO Reuters
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: HTC memperkenalkan telefon pintar terbaru, HTC 10 yang menggunakan pemprosesan terbaik, Qualcomm Snapdragon 820 di samping RAM sehingga 4GB, hari ini.

Buat pertama kali, HTC tidak lagi menggunakan model ONE yang biasanya dimasukkan sebagai nama model dalam semua produk HTC sebelum ini.

HTC 10 mempunyai paparan 5.2 inci QHD (1440 x 2560) dengan pilihan storan antara 32GB atau 64GB.

Jumlah storan boleh ditambah melalui slot mikroSD yang mampu menampung kad berkapasiti sehingga 2TB.

Untuk kamera pula, kedua-dua kamera depan dan belakang HTC 10 mempunyai penstabil imej optikal (OIS) selain sensor 12 megapiksel.

Syarikat terbabit yang terkenal dengan sistem audionya meneruskan tradisi dengan tetapan HTC BoomSoundd Hi-Fi Edition, dan Dolby Audio.

Telefon pintar ini dijual pada harga bermula AS$699 (RM2,716).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 April 2016 @ 10:49 PM