DR Zakir Naik menyampaikan ceramah di Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT, baru-baru ini. FOTO fail NSTP
Mohd Hasbi Sidek
am@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Penganjur program ceramah harus memastikan tajuk dan pengisiannya tidak mengundang sebarang kegusaran kepada masyarakat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah mempertikaikan ketokohan Dr Zakir Naik dalam ilmu agama.

"Keputusan untuk tidak membenarkan forum bertajuk ‘Persamaan Antara Hindu dan Islam’ diteruskan adalah atas sebab keselamatan.

"Tajuk forum itu sendiri boleh dimanipulasi sehingga membangkitkan kontroversi keagamaan," katanya dalam satu kenyataan akhbar, hari ini.

Sebelum ini PDRM memutuskan untuk tidak membenarkan penganjuran forum dengan tajuk berkenaan yang dijadualkan berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) Ahad ini.

Berita berkaitan

Dr Zakir boleh teruskan ceramah

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 April 2016 @ 3:53 PM