KOMBINASI gambar menunjukkan sekumpulan pekerja merangkak di tepi jalan.
Agensi

Beijing, China: Sekumpulan pekerja sebuah syarikat menjual dan pinjaman kenderaan dipaksa merangkak di tepi jalan oleh majikan mereka sebagai hukuman kerana gagal mencapai sasaran jualan.

Video yang tersebar di Internet menunjukkan 10 lelaki yang lengkap memakai kot merangkak di tepi jalan di bandar Baishan di wilayah Jilin.

Media tempatan melaporkan, kejadian berlaku pada 2 April lalu apabila syarikat berkenaan mahu menghukum seorang pengurus kerana gagal mencapai sasaran jualan.

Rakaman video itu menunjukkan sekumpulan pekerja berbaris di luar sebuah pasar raya sebelum seorang pengurus diarah merangkak di tepi jalan.

Syarikat itu berkata, pengurus itu diarahkan merangkak di tepi jalan supaya dia lebih bermotivasi.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 April 2016 @ 5:17 AM