Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my


Samarahan: Mayat kanak-kanak perempuan dibaham buaya di Sungai Mata di sini, semalam, ditemui pagi tadi.

Mayat Erlieyscha Abdul Rahim, 3, ditemui terapung dalam sungai kira-kira 10 meter dari lokasi kejadian, 8.55 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan sempurna oleh penduduk kampung dan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

"Pemeriksaan pada badan mangsa mendapati ada kesan gigitan pada pipi dan paha kiri mangsa.

"Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Dalam kejadian 6.15 petang semalam, mangsa bersama bapanya Abdul Rahim Maarof mandi di Sungai Mata, di sini sebelum diserang buaya.

Bapanya cedera di bahu kanan ketika bergelut dengan buaya, manakala mangsa terlepas daripada pegangan bapanya dan disambar buaya.

Bapanya kini dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Berita berkaitan

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 April 2016 @ 10:29 AM
IBU mangsa, Saniyah Said, 38, melihat keadaan mayat anaknya FOTO Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail