Firhan Ashari (tengah) cuba melepasi pemain Jepun pada perlawanan di Stadium Azlan Shah.FOTO NSTP/SUPIAN AHMAD
Pemain Malaysia, Razie Rahim (kanan) meraikan gol pertama bersama rakan sepasukan menentang Jepun pada aksi hoki untuk Piala Sultan Azlan Shah.FOTO NSTP/SUPIAN AHMAD
Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my


Ipoh : Skuad hoki negara mencatat kemenangan 4-3 ketika bertemu Jepun pada perlawanan kedua kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Hoki Azlan Shah, sebentar tadi.

Skuad Stephen Van Huizen di depan seawal minit ke-2 hasil pukulan sudut penalti kapten pasukan Muhammad Razie Abd Rahim tetapi Jepun pantas menyamakan kedudukan seminit kemudian menerusi pukulan sudut penalti Hiroki Sakamoto.

Razie kembali meletakkan Malaysia di depan hasil pukulan sudut penalti m-11 sebelum penyerang negara Muhammad Haziq Samsul menjadikan kedudukan 3-1, juga menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-14.

Malaysia memperoleh gol keempat selepas pemain tengah Fitri Saari tenang menyempurnakan pukulan penalti minit ke-32.

Jepun memperoleh dua gol selepas itu menerusi pukulan sudut penalti Shota Yamada m-54 dan 60.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 April 2016 @ 10:19 PM