KENDERAAN mangsa selepas terbabas dan terbalik. FOTO Shamsudin Husin
Shamsudin Husin
am@hmetro.com.my


Kerteh: Pemuda terselamat selepas kenderaan dipandunya terbabas dan terbalik di Kilometer 311.7 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) di sini, 3.30 pagi tadi.

Ahmad Nor Zakuan Ahmad Nazari, 26, dari Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu dalam perjalanan dari Kuantan tidak cedera selepas terbabit dalam kemalangan itu.

Jurucakap peronda LPT2 berkata, mangsa dikatakan mengantuk hingga menyebabkan kenderaannya terbabas.

Menurutnya, lokasi kemalangan adalah di kawasan laluan lurus dan keadaan cuaca juga baik.

Katanya, mangsa dibantu pengguna lebuh raya lain sebelum mendapat bantuan pihak peronda LPT2.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 April 2016 @ 3:49 PM