MANGSA maut di lokasi kejadian. FOTO Zuhairi Zuber
Mohd Hilmie Hussin
mohdhilmie@hmetro.com.my


Melaka: Dua beradik maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandu bapa hilang kawalan dan terbabas di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berdekatan Bukit Lintang, di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam tadi, Azarul Alamin, 12, dan adiknya Aleeya Erdina, 9, maut di tempat kejadian manakala bapanya Jamil Ariffin, 35, dan seorang lagi anaknya Azyyati Amira, 11, cedera.

Mangsa cedera dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil, Penolong Kanan Penguasa Bomba Alias Ahmad berkata, dua kanak-kanak masing-masing lelaki dan perempuan tersepit dalam kenderaan terbabit.

Mereka disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 April 2016 @ 12:30 PM