Buat kali pertama, pembekal global produk rangkaian, TP Link mengorak langkah dengan memasuki segmen telefon pintar dunia khususnya pasaran Malaysia dengan perkenalkan Neffos C5.

Digabungkan dengan Android 5.1, Neffos C5 yang lebih ringan daripada Neffos C5L ini menggunakan teknologi pintar untuk memudahkan hidup anda dengan antaramuka yang peribadi, semula jadi, berwarna-warni dan operasi tanpa tenaga.

Dengan kuasa pemproses 64-bit quad-core yang direka untuk memberikan anda satu pengalaman mudah alih yang sukar ditandingi, Neffos C5 hadir bersama storan RAM 2GB dan ROM 16GB.

Hadir dengan paparan berkualiti tinggi (IPS HD) pada skrin 5 inci, pengguna dapat memaksimumkan waktu menonton video selain bermain permainan.

Manakala dengan kehadiran set cip yang menyokong kelajuan 4G LTE, ia boleh meningkatkan pengalaman mudah alih.

SPESIFIKASI:

NEFFOS C5

Saiz: 8.8mm x 72mm x 144mm (Tebal x lebar x tinggi)

Berat: 141g

Skrin: 5 inci

Paparan: IPS HD, 293.7PPI

Sistem operasi: Android 5.1

Pemprosesan: 64-bit quad-core

CPU: MTK MT6735 4x Cortex-A53 1.3GHz

Memori: ROM 16GB, RAM 2GB, kad mikro SD sehingga 32GB

Kamera: 8MP, 5MP (belakang, depan)

Bateri: 2200mAh

Warna: Putih mutiara dan kelabu gelap

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 April 2016 @ 6:38 AM