Pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri (kanan) diasak pemain Sarawak, L Ramesh (tengah).FOTO NSTP/DANIAL SAAD
Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my


Georgetown: Pulau Pinang gagal meraih tiga mata penuh selepas tewas 1-2 kepada Sarawak dalam perlawanan Liga Super 2016 di Stadium Bandaraya, malam tadi.

Berdepan dengan penyokong sendiri seramai 3,789 orang penonton ternyata gagal mempamer aksi cemerlang.

Gol pertama Pulau Pinang dijaringkan Martias Jesus Cordoba pada minit ke-26 hasil hantaran Ketua Pasukan Muhammad Rafiudin Rodin terus ke Martias di sebelah kiri dan terus merembat kencang ke gawang gol.

Sarawak berjaya menyamakan kedudukan pada m-59 hasil jaringan Gilmar Jose Da Silva selaku pengelutan dihadapan gawang gol Pulau Pinang.

Pulau Pinang melepaskan peluang menambahkan gol kedua selepas Osas Marvelous Ikpefua ditarik pemain Sarawak K Gurusamy sebelum dihadiahkan sepakan penalti pengadil namun gagal disempurnakan Martias Jesus Cordoba m-62.

Sarawak berjaya menambahkan gol kedua pada minit akhir separuh masa kedua selepas J Partiban menjaringkan gol kemenangan m-92.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 April 2016 @ 11:56 PM