FOTO Rosli Ilham
Rosli Ilham
am@hmetro.com.my

Dungun: Penuntut Kolej Ranaco Marin, Kemaman, ditemui lemas di kawasan Air Terjun Lubuk Kain, Kuala Jengal, di sini, 3.30 petang ini.

Muhammad Yazid Yasril, 20, dari Gombak, Selangor, dikatakan terjun dari kawasan berbatu ketika mandi dan tidak timbul selepas itu.

Mayatnya ditemui tidak jauh dari kawasan dia dilaporkan hilang selepas rakannya dan penduduk kampung menjalankan gerakan mencari.

Difahamkan, mangsa ke kawasan air terjun berkenaan bersama tiga belas rakannya, pada kira-kira 1 petang.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan kejadian itu dan mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk proses bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 April 2016 @ 8:50 PM