POONAM, lembu betina yang dikahwinkan itu dipakaikan sari dalam majlis berkenaan.
Agensi

Gujarat: Sepasang lembu dikahwinkan dalam satu upacara di India dengan perbelanjaan menjangkau 1.8 juta rupee (RM106,000).

Dalam majlis yang dilangsungkan di Kampung Bagnanar, Gujarat, lembu betina yang diberi nama Poonam itu siap dipakaikan sari merah yang dihiasi permata dan kepalanya dengan barangan kemas.

Bagi 300 tetamu yang menghadiri majlis berkenaan, perkahwinan antara Poonam dengan lembu jantan yang diberi nama Arjun itu sudah pasti menjadi acara paling ganjil pernah mereka saksikan.

Antara yang dibawa ke majlis itu ialah anggota ‘keluarga’ Poonam.

Acara itu dianjurkan sebuah badan kebajikan pelampau Hindu untuk membantah penyembelihan lembu di India, negara yang majoriti penduduknya penganut Hindu, agama yang menganggap haiwan itu suci.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 April 2016 @ 6:19 AM