Mayat yang ditemui dibawa anggota bomba menggunakan bot. FOTO ihsan bomba
Suzaini Sulaiman
am@hmetro.com.my


Tanjung Karang: Mayat dua lelaki yang terjun ke Sungai Tengi, dekat sini petang semalam ditemui pagi tadi.

Mayat lelaki kedua ditemui jam 2.25 pagi kira-kira 200 meter dari lokasi.

Mayat lelaki ketiga pula ditemui pada jam 4.13 pagi kira-kira 100 meter dari tempat mereka dikatakan terjun.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, kedua-dua mayat itu diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Tanjung Karang.

"Berikutan penemuan ketiga-tiga mayat operasi ditamatkan," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang semalam tiga lelaki terjun ke sungai berkenaan malam tadi selepas polis melakukan operasi di kawasan berkenaan.

Mayat pertama ditemui pada 11.22 malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 April 2016 @ 8:57 AM