Fasha bersama anaknya, Putri Raysha Jemyma. FOTO NSTP/Amirudin Sahib.
Oleh Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Bahagia dengan hidupnya kini, pelakon jelita Fasha Sandha, 32, tidak ada perancangan untuk kembali hidup bersama bekas suaminya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

Fasha berkata, ucapan daripada Jejai sempena hari jadinya baru-baru ini sekadar tanda penghargaan dan tiada niat lain.

Ketika ditemui di acara memperkenalkan dirinya sebagai duta minyak wangi Fasha Sandha by D’Haja, di sini, sebentar tadi, Fasha menegaskan terlalu peribadi untuknya mengulas sama ada Jejai pernah menyatakan hasrat untuk rujuk semula atau sebaliknya.

Tegasnya lagi meskipun sudah bercerai hubungannya dengan bekas suami masih baik demi anak-anak dan tidak lebih daripada itu.

Pun begitu dia mengakui tidak lagi berhubung dengan bekas mentua dan punya alasan kukuh mengapa berbuat demikian.

Fasha dan Jejai berkahwin pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 2 dan Putri Raysha, 1.

Selepas empat tahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan ini berpisah pada 21 Januari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mac 2016 @ 8:20 PM