Tunku Ismail berkenan menerima resolusi Multaqa yang disampaikan Exco Agama Johor, Abd Mutalip Abd Rahim (dua dari kanan) sambil diperhatikan Penasihat Majlis Agama Negeri Johor, Datuk Noh Gadut (kanan) ketika majlis perasmian Multaqa Ulama Darul Takzim ke-4 di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru. Hairul Anuar Abd Rahim
Izlaily Nurul Ain Hussein
izlaily@hmetro.com.my

Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menyeru umat Islam di negeri ini mencari ilmu agama melalui ustaz bertauliah dan merujuk kitab yang muktabar.

Baginda bertitah, tuntutan itu perlu supaya umat Islam tidak terkeliru dan terpedaya dengan fahaman yang menyimpang daripada landasan Islam yang sebenar.

"Saya menyeru kepada rakyat negeri ini supaya mempelajari agama melalui ustaz-ustaz yang bertauliah dan merujuk kepada kitab-kitab yang muktabar supaya tidak terkeliru dan terpedaya dengan fahaman-fahaman yang menyimpang dari landasan Islam yang sebenar seperti fahaman wahabi, syiah, leberalisme dan pluralisme.

"Malahan, yang lebih merbahaya ialah fahaman yang boleh membawa kepada keganasan dan mengancam keselamatan rakyat seperti gerakan militan IS (Islamic State)," titahnya.

Titah baginda itu dibacakan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika merasmikan Majlis Multaqa Ulama' Kali ke-4 Johor Darul Ta'zim di Dewan Besar, Pusat Islam Iskandar, Johor di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mac 2016 @ 2:08 PM