NOOR Amirulaman (kanan) pada majlis menandatangani MoU.
myMetro

Kuala Lumpur: Naza Academy Sdn Bhd (Naza Academy) terus komited melatih generasi muda dalam pendidikan automotif khususnya bidang mekanik kenderaan motor dan penyemburan cat kenderaan bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir serta pakar dalam sektor automotif negara.

Pengetua Naza Academy, Noor Amirulaman Sulaiman berkata, pengenalan program automotif itu seiring dengan dasar kerajaan untuk mengeluarkan tenaga pakar yang mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang automotif.

Beliau berkata, selain membantu mereka mengubah kehidupan untuk menjadi lebih baik, ia turut menyumbang kepada keperluan negara seterusnya menyumbang kepada perkembangan ekonomi yang seimbang.

“Kita melihat Naza Academy adalah platform terbaik kepada generasi muda untuk mempelajari ilmu industri automotif kerana akan diajar berdasarkan teori serta praktikal supaya pelajar akan lebih mahir kelak,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Mac 2016 @ 6:54 AM