Gambar EgyptAir yang dirakam pada 5 September, 2013. FOTO Reuters

Kaherah: Pihak berkuasa penerbangan awam Mesir berkata, sebuah pesawat EgyptAir dirampas ketika dalam penerbangan dari bandar Iskandariah menuju ke Kaherah.

Seorang pegawai kanan Cyprus berkata, pesawat terbabit mendarat di lapangan terbang Larnaka, Cyprus pagi tadi dan sebutir bom di percayai berada di dalamnya.

Seorang lagi pegawai Cyprus berkata, mungkin terdapat lebih seorang perampas.

Menurutnya, setakat ini perampas itu tidak membuat sebarang tuntutan, kecuali mendesak supaya kenderaan polis tidak mendekati pesawat itu.

Kenyataan pihak berkuasa penerbangan Mesir berkasa, pesawat itu membawa 55 penumpang dan lima anak kapal - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Mac 2016 @ 3:04 PM