Polis melakukan siasatan di tempat kejadian. FOTO ihsan pembaca
Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


Georgetown: Mesin deposit tunai (CDM) bank di Jalan Pantai Jerjak, Sungai Nibong, Bayan Baru, dekat sini diletupkan menggunakan mercun buatan sendiri, pagi tadi.

Dalam kejadian 3.45 pagi itu, seorang lelaki dilihat melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masuk ke dalam bank berkenaan membawa kotak.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata, suspek meletakkan kotak itu di atas CDM yang kemudian meletup.

"Letupan menyebabkan pintu mesin CDM tercabut namun peti besi untuk menyimpan wang tidak mengalami kerosakan.

"Supek kemudian melarikan diri dengan menunggang motosikal," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Mac 2016 @ 7:44 AM