FOTO Fariz Iswadi Ismail
Hayati Ibrahim dan Siti A'isyah Sukaimi
am@hmetro.com.my


Putrajaya: Berdasarkan penyelidikan komprehensif dan saintifik selama enam bulan skor keseluruhan Indeks Syariah Malaysia 2015 adalah sebanyak 75.42 peratus.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, hasil kajian yang diperolehi ini mendorong kerajaan untuk melipatgandakan usaha mensejahterakan kehidupan rakyat dan menambahbaik kekurangan yang ada.

Katanya, hasil kajian ini dan semua pandangan rakyat akan diteliti sebaik mungkin bersama agensi pelaksana yang terbabit.

"Bagi memastikan Indeks Syariah ini bergerak lebih efektif dan berimpak tinggi serta semua cadangan penambahbaikan diambil tindakan sewajarnya satu Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia akan ditubuhkan.

"Saya sendiri akan mempengerusikan jawatankuasa itu, manakala Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa akan memimpin urus selia jawatankuasa itu,"katanya ketika berucap pada Majlis Perdana Ulama-Umara 2016 dan Pembentangan Laporan Indeks Syariah Malaysia 2015 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa; Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha.

Indeks Syariah Malaysia adalah yang pertama pertama dibangunkan di dunia sebagai satu kaedah pengukuran saintifikuntuk mengukur kedudukan kerajaan dalam menjalankan pentadbiran negara berdasarkan prinsip Maqasih Syariah.

Ia juga untuk menilai keseriusan usaha kerajaan dalam melaksakan dasar dan program supaya menepati piawaiab Islam serta mengenalpasti ruanh penambahbaikan yang perlu diberi tumpuan oleh kerajaan supaya rakyat dapat menerima lebih banyak manfaat, hasil dari penerapan nilai sejagat dalam Islam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Mac 2016 @ 1:37 PM