HAMIDAH ( kiri) disambut bapanya ( kanan) sebaik tiba di klia2 pagi tadi. FOTO Iskandar Shah Mohamed
Oleh Iskandar Shah Mohamed dan Mohd Firdaus Ibrahim
am@hmetro.com.my


Sepang: Nur Hamidah Nadjib, 24, bayi 'ajaib' yang terselamat dalam tragedi Highland Towers, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di sini, jam 8.40 pagi tadi, untuk menemui pasukan penyelamat yang menyelamatkannya pada 23 tahun lalu.

Hamidah bertolak dari Surabaya bersama tiga ahli keluarga lain kira-kira jam 5.10 pagi tadi.

Turut menemani Hamidah adalah ibunya, Umi Rasyidah Khoiruman, 43, adik perempuan, Iftitahun Nabilah, 22, dan suaminya, Zahroni Ahda Ghoni Pratama, 26.

kehadiran mereka yang berasal dari Jawa Timur itu disambut bapa Hamidah, Nadjib Mustahar, 53.

Hamidah dijadualkan menghadiri sesi temuramah khas bersama TV9 di Sri Pentas dan menemui pasukan penyelamat dalam tragedi itu hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Mac 2016 @ 9:44 AM