Arena
arena@hmetro.com.my

LANGKAH ratu skuasy negara, Datuk Nicol David untuk meraih gelaran keenam Terbuka British terhenti di separuh akhir, di London.

Dia tewas kepada pemain Mesir Nour El Sherbini 11-6, 2-11, 11-9, 11-6, dalam 43 minit.

Kekalahan itu menyaksikan Nicol tewas kepada Nour empat kali berturut-turut selepas tewas di suku akhir Terbuka Windy, Februari lalu.

Nour akan bertemu sama ada rakan senegara, Nouran Gohar atau juara bertahan Camille Serme dari Perancis pada perlawanan akhir.

Tahun lalu Nicol tumpas kepada Laura Massaro juga di separuh akhir dan pernah muncul juara pada 2005, 2006, 2008, 2012 dan 2014.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Mac 2016 @ 11:38 PM