FOTO Rosli Ilham
Rosli Ilham
am@hmetro.com.my

Dungun: Remaja 16 tahun ditemui lemas selepas mandi di kawasan Air Terjun Cemerung, Pasir Raja, di sini, hari ini.

Difahamkan, Mohamad Imran Morshidi mandi di kawasan air terjun berkenaan bersama 12 rakannya.

Mereka dikatakan berkonvoi ke situ, pada kira-kira 9 pagi, dari Kampung Bukit Kuang, Kemaman, selepas merancang untuk mandi di kawasan itu sejak minggu lalu.

Mangsa dikatakan bersama rakannya yang lain cuba menyelamatkan sahabat yang lemas tetapi tidak timbul selepas itu, pada kira-kira 3.40 petang.

Mayatnya kemudian ditemui dengan bantuan kakitangan Jabatan Perhutanan yang bertugas di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan kejadian itu dan mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Mac 2016 @ 8:36 PM