VAN dinaiki mangsa remuk selepas terbalik. FOTO ihsan pembaca
Nur Saliawati Salberi
nursaliawati@mediaprima.com.my


Alor Gajah: Seorang maut manakala empat lagi cedera apabila van dinaiki melanggar tebing tanah selepas tayar hadapan kenderaan itu pecah di Jalan Tebong Pondoi Alor Gajah di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 6.15 pagi itu, van kilang berkenaan dalam perjalanan dari Gemencheh, Negeri Sembilan ke kilang di Batu Berendam.

Jurucakap polis berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, van dipandu lelaki berusia 36 tahun itu pecah tayar hadapan sebelah kanan sebelum hilang kawalan dan terbalik lalu melanggar tebing tanah.

"Akibat kemalangan itu seorang maut dan tiga lagi penumpang serta pemandu van cedera.

"Penumpang yang maut dikenali sebagai S Khatiresan, 33, dan mayatnya dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.

“Mangsa cedera dibawa ke Hospital Tampin," katanya.

Menurutnya, kes akan disiasat mengikut Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Mac 2016 @ 2:02 PM