Bieber buat permohonan maaf kepada peminat menerusi Instagram. FOTO TORONTO SUN
Susunan Oleh Michelle Gun
michellegun@hmetro.com.my


Los Angeles: Penyanyi pop bermasalah Justin Bieber sekali lagi mencetuskan kontroversi selepas membatalkan sesi ramah mesra bersama peminatnya di Los Angeles, Amerika Syarikat, kelmarin.

Bieber, 22, dikatakan bertindak demikian atas alasan pertemuan dengan peminatnya membuat dia tertekan.

Menurut portal akhbar The Sun, Bieber sudah membuat permohonan maaf kepada peminatnya menerusi Instagram dan mendakwa dia membatalkan sesi ramah mesra kerana sukar melayan kerenah mereka.

"Memang seronok bertemu dengan peminat namun saya akan berasa penat selepas itu malah, semangat mereka membuat saya berasa tidak gembira.

"Saya mahu membuat peminat senyum dan gembira namun tidak berdaya. Akhirnya saya akan berasa penat secara mental dan emosi sehingga tertekan," jelasnya.

Penyanti Sorry itu turut mengakui jangkaan tinggi orang ramai terhadapnya membuatkan dia tertekan.

The Sun melaporkan seorang peminat fanatik dalam senarai sekuriti berjaya mendekati Bieber dalam jarak tiga meter membuatkan penyanyi itu bimbang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Mac 2016 @ 5:23 PM