ANTARA individu yang ditahan.
Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my


Kuala Lumpur : Tiga belas individu ditahan selepas beberapa lokasi dipercayai berkaitan dengan kumpulan militan Daish digempur Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman semalam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman twitternya memaklumkan, pihaknya turut merampas beberapa dokumen berkaitan Daish.

Selain itu, beliau turut mengucapkan syabas kepada cawangan berkenaan atas tindakan pantas yang dilakukan.

“Syabas Cawangan Khas E8 @PDRMsia Bukit Aman gempur sel-sel berkait IS (Daish) mulai semalam. Tangkap 13 orang dan rampas dokumen-dokumen IS. #GoPDRMGo,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyalurkan maklumat berkaitan individu dan kumpulan pengganas kepada ketua kampung dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Mac 2016 @ 4:37 PM