TERTUDUH diiringi anggota polis dibawa ke Mahkamah Majistret. FOTO Hazreen Mohamad
Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my


Seremban: Seorang ceti haram (along) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh seorang lelaki, tahun lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh B Seelan, 30, sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Khairiah Abdul Razak.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama seorang yang masih bebas didakwa membunuh A Anadorai, 42, menggunakan sebilah parang di Rumah Pam Air, Taman Pinggiran Bayu, Mantin, Nilai, pada Julai 2015 hingga 4.25 petang, 3 Mac lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Mahkamah menetapkan 4 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Mac 2016 @ 4:03 PM