Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Penyelia kantin dipenjara 18 bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, atas tuduhan memiliki 39 rakaman video aktiviti kumpulan militan Daish, di Tangkak, Johor, empat bulan lalu.

Pesuruhjaya Kehakimanan Datuk Ab Karim Ab Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Sani Mahdi Sahar, 23, apabila tertuduh menukar pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.

Mahkamah memerintahkannya menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkapan pada 9 November 2015.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa Muhammad Sani didakwa melakukan kesalahan itu di Balai Polis Tangkak, Johor, pada 1.50 tengah hari, 9 November tahun lalu.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 130JB (1) (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dirampas harta yang digunakan untuk melakukan kesalahan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Mac 2016 @ 1:06 PM