Pengarang Kumpulan Berita Harian Datuk Mahfar Ali (baris belakang, lapan dari kiri) dan Pengarah Urusan Volkswagen Armin Keller (tengah) pada majlis pengumuman Finalis Anugerah Bintang Popular BH 29 di Balai Berita Bangsar. FOTO NSTP/HASRIYASYAH SABUDIN.
Oleh Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular BH 29 (ABPBH 29) penuh kejutan apabila tidak menyenaraikan beberapa pemenang ABPBH tahun lalu.

Senarai akhir setiap kategori itu diumumkan sebentar tadi, di sini.

Antara pemenang lepas yang tidak tersenarai seperti Johan Raja Lawak, Fara Fauzana, Shah Iskandar, Nad Zainal dan Datuk Aznil Nawawi.

Mengejutkan juga apabila beberapa calon kegemaran tidak tersenarai antaranya Zara Zya, Aaron Aziz, Zizan Razak, Saharul Ridzwan dan Stacy.

Pelawak, Abam Bochey meraih pencalonan terbanyak menerusi tiga pencalonan, manakala Neelofa, Fathia, Remy Ishak dan Emma Maembong masing-masing sebanyak dua pencalonan.

Sementara itu, pelakon, Faizal Hussein, Erma Fatima, Wings dan Awie antara artis lama yang kembali tercalon selepas lebih 10 tahun tidak tersenarai.

ABPBH 29 buat pertama kalinya memperkenalkan kategori baru iaitu Artis Versatil Popular dan menggabungkan tiga kategori menjadi satu iaitu Pengacara TV Popular, Artis Komedi Popular dan Penyampai Radio Popular.

Selain 13 kategori utama, ABPBH kali ini turut memperkenalkan empat kategori online iaitu Artis Aksi Selfie Popular, Personaliti Media Sosial Popular, Artis Ikon Respek, Artis Trending Popular dan Artis Youtube Popular.

ABPBH 29 bertemakan Respek bakal diadakan pada 8 Mei di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, PICC.

Berikut senarai Top 5 kategori utama dan online:

Artis Baharu Lelaki Popular

1. Ippo Hafiz

2. Ir Radzi

3. Nadzmi Adhwa

4. Redza Rosli

5. Sufi

Artis Baharu Wanita Popular

1. Falisha Crossley

2. Janna Nick

3. Mira Filzah

4. Nana Sheme

5. Ruhainies

Pelakon Filem Lelaki Popular

1. Abam

2. Remy Ishak

3. Shaheizy Sam

4. Sharnaaz Ahmad

5. Syafie Naswip

Pelakon Filem Wanita Popular

1. Emma Maembong

2. Fathia latiff

3. Neelofa

4. Nur Risteena

5. Siti Saleha

Pelakon TV Lelaki Popular

1. Faizal Hussein

2. Fattah Amin

3. Kamal Adli

4. Remy Ishak

5. Sharnaaz Ahmad

Pelakon TV Wanita Popular

1. Emma Maembong

2. Erma Fatima

3. Fathia Latiff

4. Siti Elizad

5. Siti Saleha

Penyanyi Lelaki Popular

1. Aizat

2. Asfan

3. Hazama

4. Ir Radzi

5. Syed Shamim

Penyanyi Wanita Popular

1. Adira

2. Aishah Aziz

3. Ayda Jebat

4. Dayang Nurfaizah

5. Eleena Harris

Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular

1. Akim & The Majistret

2. Hafiz Suip & Adira

3. Joe Flizzow & SonaOne

4. Tasha Manshahar & Syed Shamim

5. Wings

Artis Komedi Popular

1. Abam

2. Amir

3. Ebby Yus

4. Shuib

5. Zulin Aziz

Artis Versatil Popular

1. Abam

2. Ajak Shiro

3. Awie

4. Didie Alias

5. Ifa Raziah

Pengacara TV Popular

1. Hazlin Hussein

2. Izreen Azminda

3. Neelofa

4. Sherry Alhadad

5. Wak Doyok

Penyampai Radio Popular

1. Abby Fana (Sinar)

2. Deen (Hot)

3. DJ Lin (Suria)

4. Feeya Iskandar (Sinar)

5. Fizie (Hot)

ABPBH Kategori Online

Artis Aksi Selfie Popular

1. Datuk Siti Nurhaliza

2. Elfira Loy

3. Emma Maembong

4. Fazura

5. Nazim Othman

6. Nora Danish

7. Saharul Ridzwan

8. Scha Alyahya

9. Shukri Yahaya

10. Zizan Razak

Personaliti Media Sosial Popular

1. Amran Fans

2. Atita Haris

3. Faizdickie

4. Kevin Zahri

5. Lara Alana

6. Mat Lutfi

7. Queen of Luna

8. Ucop

9. Vivy Yusoff

10. Wak Doyok

Artis Ikon Respek

1. Aishah Sinclair

2. Daphne Iking

3. Datuk AC Mizal

4. Datuk Aznil Nawawi

5. Hafiz Hamidun

6. Heliza Helmi

7. Maya Karin

8. Mizz Nina

9. Sazzy Falak

10. Scha Alyahya

Artis Trending Popular

1. Arja Lee

2. Atikah Suhaime

3. Ayda Jebat

4. Fasha Sandha

5. Fazura

6. Sharnaaz Ahmad

7. Tasha Shilla

8. Uqasha Senrose

9. Yuna

10. Zizan Razak

Artis YouTube Popular

1. Ainan Tasnem

2. Eleena Haris

3. Ippo Hafiz

4. Najwa Latif

5. Nana Sheme

6. Siti Nordiana

7. Syed Shamim

8. Tasha Manshahar

9. Wani (Kun Anta)

10. Wani Kayrie

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Mac 2016 @ 6:49 PM