RIZAL Kamis
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my


Subang Jaya: Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang, Rizal Kamis maut apabila motosikal yang ditunggangi terbabas di Kilometer 11, Lebuhraya Elite berhampiran USJ, Subang Jaya, tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12.35 tengah malam itu, mangsa menunggang motosikal berkuasa tinggi terbabas sebelum merempuh penghadang jalan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Azlin berkata, mangsa disahkan maut selepas tercampak 200 meter dari tempat kejadian.

"Kaki kanan mangsa putus dan ditemui berhampiran penghadang jalan yang dirempuh mangsa.

"Setakat ini tiada saksi tampil memberi keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Mac 2016 @ 3:51 PM